Wednesday, January 16, 2019
Salad Peria / Bitter Gourd Salad
Ramai orang tidak sukakan rasa peria yang pahit dan payau tetapi tidak ramai yang tahu tentang khasiat serta kebaikan peria ini. Pada hari-hari anda inginkan diet yang lebih sihat, anda boleh cuba resepi salad peria ini yang boleh dinikmati sebagai hidangan sampingan bersama pelbagai jenis lauk lain.
RESEPI :
1 biji peria (buang kulit dan hiris nipis - jika suka perap dengan sedikit garam dan ramas2 - kemudian bilas)
5 biji cili padi (hiris)
1 labu bawang besar (mayang)
1 labu bawang merah (mayang)
3 biji limau kapas (ambil airnya)
1 biji tomato (hiris)
sedikit ikan bilis, bersihkan, cuci dan tos
1/2 sudu garam
2 sudu gula
Campur kesemua bahan dalam satu bekas. Gaul bersama gula dan garam, dan perahkan air limau kapas. Biarkan selama lebih kurang 20 minit sebelum dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment